Monday, January 17, 2011

Wasiat Abdullah ibn Masud (1)

Kuliah Selasa
Ustaz Tarmizi Abd Razak
Wasiat yang dibuat oleh sahabat dalam Hayatus Sahabah


Inilah wasiat Abdullah ibn Masud kepada anaknya Abdul Rahman

Tetapi apa istimewanya Abdullah ibn Masud?

(1) Orang pertama memeluk Islam dalam sepuluh orang pertama yang terlibat dalam perpindahan ke luar Mekah.

(2)Orang pertama membacakan al Quran secara terbuka di hadapan Quraisy. Sehinggakan pedang diletak pada leher dan diberi pilihan berhenti atau mati. Dia tetap membaca al Quran.

(3) Berjaya memenggal kepala Abu Jahal. Meskipun tidak mengakui di khalayak ketika ditanya nabi. Dia bimbang hilang pahala jihad akibat takbur. Nabi tahu dan memanggilnya secara peribadi. Dihadiahkan pedang Abu Jahal kepadanya. Pedang itu diwariskan kepada anaknya. 1216 orang Quraisy terkorban melalui pedang itu.

(4) Nabi mengesahkan apa yang disampaikan dan ditegahkan oleh Ibn Masud, ia datang daripada nabi.

(5) Nabi berkata jika ada jawatan yang memerlukan lantikan dan jika tidak ada sistem syura, pasti Ibn Masud dilantiknya.

(6) Nabi mengingatkan agar tidak mentertawakan Ibn Masud kerana pada betisnya sahaja, pahala sudah melebihi gunung Uhud.

Wasiat Abdullah ibn Masud

Kepala Abdullah ibn Masud di riba anaknya dan disitulah wasiat disampaikan

(1) Berhentilah kamu meminta hajat daripada manusia. Kerana itulah kefakiran yang pasti.

Allah itu wali dan penjaga orang beriman. Syaratnya tunaikan apa yang Allah sampaikan.

Latih diri supaya tidak berasa apa-apa jika tidak ada manusia sudi menunaikan keperluan kita. Ia adalah kiriman Allah kepada kita.

Hakikat manusia bersifat fakir dan kekurangan. Misalnya, apabila diminta menghasilkan kuih yang sama setiap hari, ia tidak dapat mengekalkan rasa yang sama setiap hari.

Sama halnya apabila nabi berdakwah 13 tahun, hanya 10 orang sahaja yang mengikutinya. Dari daya manusia ada kekurangan.

Allah mengabulkan mengikut hati kita. Cuma soal cepat atau lambat.

(2) Tinggalkan perkara yang tidak mampu kamu lakukan.

Allah tidak memberati kita berdasarkan kemampuan kita. Manusia sahaja terdorong membuat lebih daripada sepatutnya. Seperti memegang banyak jawatan sedangkan yang terbaik dapat diberikan pada satu jawatan sahaja.

Kepimpinan adalah amanah. Sukar menghadapi kematian jika masih berebut menambah amanah lagi dan lagi di luar kemampuanya. Usah berebut dan tamak. Berikan kepada orang lain.

Amanah itu adalah amal kita bagi mendekatkan diri kepada Allah. Tumpukan kepada yang satu dan berikan yang terbaik.

No comments:

Post a Comment