Friday, January 21, 2011

Lima ayat ciri orang beriman

Ustaz Lutfe Hashim
Masjid al Muttaqin, Wangsa Melawati

Topik Aqidah Islam.

Ciri-ciri orang beriman dinyatakan dalam surah al Baqarah ayat 1 sehingga 5.

1. Alif, Laam, Miim.

2. Kitab Al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya (tentang datangnya dari Allah dan tentang sempurnanya); ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang yang (hendak) bertaqwa;

3. Iaitu orang-orang yang beriman kepada perkara-perkara yang ghaib, dan mendirikan (mengerjakan) sembahyang serta membelanjakan (mendermakan) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada mereka.

4. Dan juga orang-orang yang beriman kepada Kitab "Al-Quran" yang diturunkan kepadamu (Wahai Muhammad), dan Kitab-kitab yang diturunkan dahulu daripadamu, serta mereka yakin akan (adanya) hari akhirat (dengan sepenuhnya).

5. Mereka itulah yang tetap mendapat petunjuk dari Tuhan mereka, dan merekalah orang-orang yang berjaya.

Amat menghairankan sistem Islam yang kena mengena dengan diri kita tertolak sedangkan sistem Barat yang tidak ada ikatan dengan hati diterima. Inilah fenomena 'kakak tua' Muslim, mengikut tanpa mengetahui.

Kerana itu bertadabbur dengan al Quran adalah penting. Disebutkan dalam hadis direkodkan Imam Malik, Nabi Muhammad berkata tidak sesat orang berpegang pada Quran dan Sunnah.

Membangunkan solat dalam hidup adalah teras utama. Wahyu solat adalah wahyu yang diberikan secara terus oleh Allah kepada Nabi Muhammad.

Keagungan Allah dapat dilihat melalui alam. Apabila dilihat ayat surah al Ghasiyah; 17, "(Mengapa mereka yang kafir masih mengingkari akhirat) tidakkah mereka memperhatikan keadaan unta bagaimana ia diciptakan?"

Dari penciptaan unta yang menakjubkan dilihat betapa telitinya ia dicipta. Ia menunjukkan keagungan yang mesti diimani.

Unta dapat hidup 8 hari tanpa makan dan minum. Unta dapat meminum 130 liter air. Matanya mempunyai pelindung lutsinar daripada ribut pasir. Malah lemak pada bahagian bongolnya seberat 40 kilogram memberi tenaga bagi perjalanan jauh.

No comments:

Post a Comment