Sunday, January 9, 2011

Apabila doa kekayaan diganti kesihatan

Kuliah umum oleh Ustaz Mohd Lazhim di Masjid Wangsa Melawati.

  • Manusia meminta pertolongan dengan sabar dan sembahyang. Iaitu mereka yang benar-benar yakin akan bertemu Allah.
  • Sifat sabar disebutkan oleh Allah dalam hadis Qudsi di mana apabila Allah memberi musibah pada harta, diri dan anaknya, kemudian dia hadapi dengan sabar. Allah sendiri merasa malu membuka catatan amalnya.
  • Sabar ialah menahan diri dengan mengikut hukum syarak dan mengelak daripada perkara tercela.
  • Sabar itu menyekat kejahatan.
  • Sabar dalam ketaatan itu adalah tuntutan.
  • Sabar dapat dilihat dalam usaha menutup aurat, mengorbankan masa bersolat bersama meskipun ada rancangan menarik di televisyen.
  • Imam al Ghazali berkata, "Berhadapan nafsu dengan dorongan agama untuk Allah dan Rasul. Sabar iaitu tetap dengan pendirian dalam agama melebihi nafsu."
  • Ciri-ciri sabar yang sempurna ialah tidak ada keluhan lebih-lebihan.
  • Kata pujangga, "Pada saat sujud adalah waktu yang cukup dekat pada Allah. Ceritalah dan adulah kerana Allah suka mendengar. Sedangkan orang lain tidak dapat menyelesaikan."
  • Ingat Allah dan mengadu pada Allah sebelum mengambil langkah fizikal.
  • Misalnya, muhasabah dalam isu keluarga, bertanya pada Allah dahulu. Kemudian barulah bercerita pada manusia.
  • Mintalah pada Allah terlebih dahulu sebelum meminta pada manusia.
  • Apabila berlaku sesuatu, berdoalah ketika itu.
  • Allah meletakkan balasan doa itu pada sesuatu yang lebih baik. Misalnya ada orang meminta dimajukan perniagaan, tetapi tidak berlaku demikian. Allah mungkin menggantikan dengan kesihatan pada dirinya ketika usia 80 tahun. Tanpa sakit.
  • Bagaimana mahu bersabar jika tidak diuji? Ujian adalah pencetus sabar.
  • Ujian dalam bentuk pelbagai, ia sebagai tanda kasih sayang Allah, petanda perbuatan kita atau takdir Allah sebagai jalan memberi rahmat.
  • Seorang Muslim mesti redha, ikhlas dan mencari jalan keluar.

No comments:

Post a Comment