Monday, January 17, 2011

Sujud sahwi menampung kecacatan sembahyang

Kuliah 14 Januari 2011 di masjid Wangsa Melawati


Ali Ibn Abi Talib berkata, "Manusia ini tidur, apabila mati baru terjaga."

Ayat ini berkaitan kesedaran rohani. Apabila terjaga roh, barulah dirinya tahu dia di dalam kealpaan.

Tidak sedar ini melibatkan terlupa bahawa dirinya sedang dihitung, sama ada masuk ke syurga atau neraka Allah.

Bagi orang beriman, sentiasa ada yang akan mengejutkan dirinya.

  • Mengenai sujud sahwi

Dari sudut bahasa, sahwi bermaksud lupa. Ia adalah kecacatan dalam solat secara tidak sengaja atau pun terlepas.

Tujuan sujud sahwi adalah bagi menampung kekurangan itu.

Terdapat tiga komponen solat

(1) Rukun sembahyang.
(2) Sunat yang ditampung sujud sahwi. Sujud Sahwi menampal amalan sunat dalam solat.
(3) Sunat iringan yang tidak dilakukan masih sah solat.

  • Empat perkara yang membawa kepada sujud sahwi.

(1) Apabila meninggalkan sunat tahiyat awal dan qunut.

Jika demikian, sebelum memberi salam, bertakbir dan sujud dua kali kemudian barulah memberi salam.

Jika kita atau imam terlupa tahiyat awal, dibenarkan duduk semula menyempurnakan tahiyat sekiranya masih belum berdiri sempurna.

Jika kita atau imam terlupa qunut, dibenarkan menyempurkan qunut jika kedudukan duduknya belum sempurna.


(2) Apabila ragu-ragu jumlah bilangan rakaat.

Ambil yang sedikit apabila tidak pasti kita dalam rakaat ke berapa.

Kembali kepada apa yang kita yakini dan sambung sahaja. Sujud sahwi dilakukan pada akhirnya.

Jika keraguan timbul selepas solat, tidak perlu mengulang solat semula. Melainkan keraguan berlaku pada rukun dan niat.

Jika dalam situasi makmum, tidak perlu sujud sahwi kerana ia akan ditanggung oleh imam.


(3) Apabila tersebut sesuatu di luar solat

Misalnya terjawab panggilan salam dari luar ketika kita solat.


(4) Apabila perbuatan rukun tidak dilakukan pada tempatnya


Misalnya terbaca fatihah ketika tahiyat.


Cara sujud sahwi

  • Sujud sama seperti sujud dalam solat.
  • Niat sujud sahwi di dalam hati.
  • Selepas tahiyat akhir, sujud, duduk di antara dua sujud, sujud kembali dan duduk kemudian terus memberi salam.

Tempoh sujud sahwi yang berlaku selepas memberi salam jaraknya hendaklah tidak jauh. Ulang cara.

Berkenaan bacaan sujud sahwi, tidak ada rekod hadis mengenai bacaan apa.

No comments:

Post a Comment