Sunday, January 9, 2011

Bukan Islam bertanya, Muslim menjawab

Topik soal jawab bukan Islam mengenai Islam.

Oleh Ustaz Lim Jooi Soon di Masjid Wangsa Melawati

  • Soalan pertama

Bukan Islam bertanya, "Benarkah suami mempunyai kuasa memukul isteri?"

Pertama, Tafsiran ayat Quran melibatkan empat cara.

1. Quran mentafsir Quran
2. Nabi Muhammad mentafsir Quran
3. Bahasa Arab mentafsir ayat Quran
4. Ulama mentafsir Quran

Dalam isu suami memukul isteri, terdapat proses lain mengambil tempat.

(1) Menasihati terlebih dahulu.
(2) Jika engkar, asingkan tempat tidur.
(3) Jika engkar, pukul secara didik dan kasih sayang. Ulama berkata pukulan yang tidak meninggalkan kesan. Bukan pukul kesakitan.
(4) Libatkan orang ketiga, ahli keluarga, masyarakat, tokoh dan kaunseling
(5) Cerai adalah proses terakhir.

  • Soalan kedua

Bukan Islam bertanya, "Apakah lelaki Muslim masuk syurga mendapati bidadari. Jadi perempuan Muslim tidak ada apa-apa?"

Pertama, syurga dan bumi adalah berbeza dan tidak dapat dibandingkan.

Perkataan bidadari digunakan dalam Quran juga diberi maksud pasangan.

  • Soalan ketiga

"Apa yang dikatakan hidup dengan Quran?"

Enam perkara yang dikatakan hidup dengan Quran.

(1) Beriman
(2) Membaca
(3) Mengkaji
(4) Mengamal
(5) Menyampaikan
(6) Mempertahankan

  • Soalan keempat

Bukan Islam bertanya, "Mengapa lelaki dan perempuan dijarakkan dalam sembahyang. Lelaki di hadapan dan perempuan di belakang?"

Pertama, tujuan bagi menjaga niat. Ada yang berkata, "Lelaki di depan kerana mereka lemah dan mudah lari tumpuan kerana wanita. Bukan kerana lelaki ini hebat!"

  • Soalan kelima

Bukan Islam bertanya, "Kenapa lelaki mendapat harta pusaka yang lebih banyak berbanding perempuan."

Pertama, harta pusaka adalah berdasarkan tiga perkara

(1) Pertalian darah
(2) Beza generasi
(3) Tanggungjawab

Beza lelaki dan perempuan mendapat harta pusaka ialah, lelaki mendapat harta pusaka dan harta itu adalah wajib kegunaan seluruh keluarga, ia bukan miliknya. Berbeza bagi perempuan, harta itu secara bersih menjadi miliknya.

  • Soalan Kelima

Bukan Islam bertanya, "Lelaki mempunyai kuasa menceraikan berbanding perempuan. Bukankah tidak adil."

Perbezaan psikologi lelaki dan perempuan menjadikan talak pada pihak lelaki. Apabila suami menceraikan isteri, ia tidak disusuli dengan satu persatu alasan yang disampaikan secara lisan. Dalam keadaan ini pihak isteri terjaga aibnya dan mendapat peluang berkahwin semula.

Soalan keenam

Bukan Islam bertanya, "Wanita mangsa rogol ditindas kerana memerlukan empat orang saksi bagi mendapatkan pengadilan."

Secara logik, salah faham ini pun ada kesilapan logik, "Adakah empat orang saksi yang baik akan membiarkan wanita itu dirogol. Bukankah dia mesti dibantu, bukan sekadar melihatnya?"

Jika demikian mereka yang sepatutnya dihukum kerana bersubahat dalam kes rogol.

No comments:

Post a Comment