Wednesday, February 2, 2011

Hidup berjemaah seni Rasulullah

Ustaz Mejar Hj Daud Mohd Salleh
Masjid al Muttaqin Wangsa Melawati

Manusia hidup berjemaah dan kerana itu hak-hak masyarakat perlu dijaga.

Hidup berpaut pada agama kerana di dalam agama ada unsur nasihat. Agama tidak hidup sendiri, ia hidup beramai-ramai.

Apakah akhlak nabi ketika hidup bersama masyarakat?

Hak orang Islam terhadap orang Islam lain adalah enam perkara.

(1) Jika bertemu sesama kamu, berebut-rebut memberi salam.

Beri lafaz salam yang sempurna kalimah Allah. Ini bagi mengingati Allah dan menyempurnakan ibadah.

(2) Apabila dijemput ke majlis wajib hadiri

Sering kali disebut perkataan Insya Allah apabila mendapat jemputan. Perkataan insya Allah meyakinkan seseorang ia perjanjian yang diberkati Allah, bukan perkataan bagi melepaskan diri. Kita meletakkan Allah dalam perjanjian itu.

Maka wajib sedaya upaya memenuhi.

Kehadiran kita di dalam majlis sedikit sebanyak membuat tuan rumah terhibur.

(3) Apabila diminta memberi nasihat, berikan nasihat yang baik

Hidup orang muda yang komposisi terdiri daripada 30 peratus pengalaman ditampung dengan 70 peratus pengalaman orang tua.Ini memberi kesan kepada nasihat yang disampaikan.

(4) Jika ada yang sakit, ziarah

Adab menziarah terdiri daripada beberapa perkara berikut.

Jika pesakit di dalam rumah, beri salam dan jangan menjenguk apa di dalam rumah. Kerana situasi rumah orang sakit berbeza.

  • Berilah ketukan pintu yang perlahan.
  • Berdiri jika tidak disuruh duduk. Hormati pesakit dan lihat wajahnya.
  • Jangan menziarah lama-lama, hukumnya makruh kerana ada orang lain lagi mahu menziarah.
  • Banyakkan berdoa yang baik-baik.
  • Banyakkan berada di posisi kepala atau di hujung kaki.
  • Berikan nasihat sabar. Sabar adalah penghapus dosa.
  • Dosa bukan sekadar terhapus dengan doa, ia melibatkan sakit, sedih, masalah dan kesenangan.
  • Jangan banyak bertanya kerana ia akan menjadi soalan berulang kepada pesakit.

Berkata Imam Hanafi agar kita tidak memberi harapan palsu dengan berkata, "Boleh lagi ini..." sedangkan sudah dalam keadaan yang teruk. Ini kerana kita mahu mengelakkan daripada pesakit berangan lebih dan hubungan dengan Allah bertambah jauh.

(5) Menghadiri pengebumian sehingga ke liang kubur

Allah tidak menyukai mereka yang bercakap ketika waktu berikut

  • Ketika orang membaca Quran
  • Ketika majlis ilmu di mana itulah raudah Allah
  • Ketika peperangan
  • Ketika orang meninggal dunia

Doakan pada diri sebelum menjelang ajal, "Ya Allah mudahkan perjalananku dan tidak menyusahkan orang lain."

(6) Mendoakan orang yang bersin

Meskipun orang itu tidak berkata Alhamdulillah, sambut bersin itu dengan ucapan doa Yarhamkullah.

Ia adalah latihan kepekaan kita pada orang lain

Tuesday, February 1, 2011

Wahai Tuhan, apakah itu bahagia di dunia?

Kuliah Penyakit Hati oleh Ustaz Fauzi Mustafa
Masjid al Muttaqin, Wangsa Melawati.

Doa dalam surah al Baqarah ayat 201 yang dibaca selepas sembahyang, "Rabbana atina fiddunya hasanah, wa fil akhirati hasanah, waqina a'za bannar."

Maksudnya, 201. Dan di antara mereka ada orang yang berdoa: "Ya Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan peliharalah kami dari siksa neraka"[127].

Fahami maksud doa ini, kerana Allah tidak menerima doa yang hatinya lalai.

waqina a'za bannar bermaksud, "peliharalah kami dari siksa neraka."

Iaitu terlepas daripada seksaan.

wa fil akhirati hasanah bermaksud, "kebaikan di akhirat."

Iaitu kebahagiaan yang berakhir di syurga.

Apa pula maksud, "berilah kami kebaikan di dunia," dalam ayat fidduna hasanah?

Ibn Abbas yang dikenali sebagai lautan Quran mentafsir ayat itu. Para tabieen bertanya maksud ayat berilah kami kebaikan di dunia.

Disebutkan oleh Ibn Abbas, ada tujuh tanda kebahagiaan di dunia,

(1) Qalbu Syakirun iaitu hati yang selalu bersyukur.

Jika tidak bersyukur, sekaya bagaimana pun manusia akan tamak. Quran menyebut betapa ramai tidak bersyukur. Malah, Nabi Muhammad berdoa agar menjadi mereka yang berada dalam kumpulan yang kecil, iaitu sekumpulan kecil manusia yang bersyukur.

Syukur bermaksud berterima kasih atas nikmat Allah yang tidak terhingga.

Dalam keadaan duka masih melihat nikmat lain.

Di pantai timur, adakalanya disebut 'mujur' Misalnya;

Minggu pertama.

Ali bercerita kepada Ahmad. Kereta yang dibawa Ali terbabas dan remuk. Ahmad berkata, "Mujur kamu tidak ada apa-apa)."

Minggu kedua.

Ali bercerita kepada Ahmad. Kereta yang dibawa Ali terbabas dan remuk. Tangan Ali patah. Ahmad berkata, "Mujur tangan sahaja patah, bukan kaki."

Minggu ketiga.

Rakan kepada Ali bercerita kepada Ahmad. Kereta yang dibawa Ali terbabas dan remuk. Ali terkorban. Ahmad berkata, "Mujur Ali seorang sahaja. Tidak dibawa anak dan isteri."

Berkeluh kesah apabila hujan sedangkan ia adalah nikmat percuma. Sama seperti udara yang tidak perlu dibayar.

Dalam keadaan dunia, lihat mereka yang kekurangan nikmat.

Orang yang membawa Mercedes, lihatlah yang membawa Kancil. Orang yang membawa Kancil lihatlah orang yang bermotosikal. Orang yang bermotosikal, lihat orang yang berbasikal. Orang yang berbasikal lihatlah orang yang berjalan kaki. Orang yang berjalan kaki lihatlah orang yang cacat kakinya.

Jadi nikmat mana yang kita dustakan?

Ada kisah seorang lelaki, bertemu seorang alim dan memohon doa agar diberikan kekayaan. Kata alim itu, "Kamu sudah mempunyai salah satu yang nilainya RM10,000 untuk dijual."

Bertanya lelaki itu, "Apakah benda itu?"

Alim itu menunjukkan mata orang itu. Fahamlah lelaki itu betapa mahal nikmat Allah pada dirinya.

(2) Pasangan yang soleh dan solehah

Orang yang soleh dan solehah adalah orang yang memahami agama. Jika dia memahami agama, dia memahami dan sabar dengan suami yang pulang lewat kerana tugas dan tidak bergaduh.

(3) Anak yang baik

Hasil didikan ayah dan ibu. Diajarkan akhlak kepadanya.

(4) Persekitaran yang baik

Nabi Muhammad berkata, pilih jiran sebelum memilih rumah. Ini adalah cara memilih persekitaran yang baik.

Fenomena isteri menjadi langsuir (yakni rumah ke rumah) bercerita dan mengumpat akibat daripada persekitaran.

Samalah kisahnya apabila melihat sikap jiran yang tidak sensitif pada tetangganya. Ada dua orang jiran yang selalu membeli barang dapur bersama. Pada satu hari mereka membeli periuk yang sama. Sehinggalah satu ketika, salah seorang daripada mereka kehilangan periuk selepas kenduri. Jiran yang kehilangan periuk di dapur dan mengambil dari tetangganya apabila melihat ia periuk yang sama. Dia berkata, "Oh! Di sini rupa-rupanya!"

Kisah 99 orang dibunuh oleh seorang lelaki yang mahu bertaubat. Lalu dia bertemu seorang alim, bertanya sama ada dia berpeluang bertaubat.

"Tidak!" jawab alim itu. Maka alim itu dibunuh.

Bertemu dia dengan seorang alim lagi. Dia berkata kepada pembunuh itu, "Pergilah ke satu tempat yang mana jauh daripada tempat kamu. Di sana kamu akan temui orang-orang yang baik."

(5) Harta yang halal

Zakat yang tidak berbayar memakan harta pemiliknya. Dalam pelbagai keadaan. Jika ia sebuah rumah, maka rumah itu bermasalah. Kerosakan kecil akan jadi besar.

(6) Tafakuh fiddin atau faham agama

Faham agama dengan bertakwa kepada Allah. Tidak semestinya seorang yang terlalu abid dan alim yang mendasar. Dia memenuhi asas agama sebaik mungkin dan meningkatkan sedikit demi sedikit secara konsisten.

(7) Umurnya berkat

Tanda-tandanya, semakin tua semakin menghampiri amalan soleh. Makin pemaaf sikapnya. Setiap saat diisi dengan ibadah.



Sunday, January 30, 2011

Benih akidah, pohon buah yang manis

Apabila bercerita mengenai akidah, ia dipanggil dalam pelbagai kata. Ada memanggilnya ilmu kalam, usuluddin dan sifat 20. Semuanya adalah sama. Ia berbahas mengenai ketuhanan.

Akidah datang daripada perkataan ak'dun, iaitu ikatan.

Ikatan terbahagi kepada dua.

(1) Ikatan jisim. Ia nampak dan dapat dirungkai. Sebagaimana anak kunci yang diikat bersama. Ia tidak kukuh.
(2) Ikatan maknawi. Ia dalam hati, tidak dapat dirungkai melainkan orang tersebut melakukan.

Percaya dan yakin itu samalah seperti kisah pemanah tepat yang memanah tepat pada epal di atas kepala orang lain.

Dari segi keyakinan menurut fekah, ia dikategorikan seperti berikut.

(1) Yakin itu 100%
(2) Was-was itu 50-50
(3) Waham 30% yakin, 70 peratus tidak yakin
(4) Zon 70% yakin, 30% yakin.

Dalam kes ibadah berada dalam keadaan (2) sehingga (4) adalah normal. Seperti kita mengambil wuduk dan tidak pasti sama ada lengkap atau tidak.

Tetapi dalam kes akidah, ia 100% keyakinan. Ia membenarkan dengan hati, mengakui dengan lisan dan lakukan dengan amal. Samalah seperti biji benih yang baik perlu ditanam jika mahu buahnya. Benda yang elok akan mengeluarkan hasil yang elok.

Kita bekerja mengukuhkan akidah secara berperingkat sebagaimana bumi dijadikan enam peringkat.

Kata dia, "Panggil ia sebagai alam ciptaan Allah, bukan alam semula jadi. Agar terikat kata kita dengan namanya. Juga terikat sebab kejadian kepadanya." Kemudian terikat nama kita padanya. Insya Allah. Itulah mengukuhkan akidah.

Isteri demam, kita kurang pahala amal

Ustaz Shahabudin

Fiqh Munakahat

Hidup ini panjang masanya dan adakalanya kita terbabas apabila jalan masa terlalu lurus.

Apabila disebut kebahagiaan ia dilihat dalam pelbagai rupa.

Aset seorang Muslim dalam membina kebahagiaan adalah keluarga.

Bahagia berbeza dari sudut pandang yang pelbagai. Ada yang bahagia makan malam bersama keluarga meskipun dia seorang jutawan. Kerana kekayaan beliau tidak dapat membeli masa makan malam bersama keluarga.

Kebahagiaan ibu apabila membeli barang dapur selepas tahu anaknya mahu pulang ke kampung.

Kebahagiaan adalah fitrah, meskipun para jemaah seronok menunaikan haji di Mekah, tetapi hatinya bergelojak rindu bertemu keluarga di tanah air.

Lima ciri keluarga

(1) Keluarga adalah ibadah.
(2) Anak dan isteri adalah amanah.
(3) Keluarga adalah jihad kecil seperti membesarkan anak.
(4) Keluarga diuji, seperti melayan karenah yang akhirnya membuat kita berjaya melayani kesabaran.
(5) Keluar adalalah nikmat di mana Allah mempermudahkan dan tidak membebankan kita.

Pernikahan adalah syariat, setiap satu perbuatan ada kaedahnya. Meyakini membina keluarga itu penting, maka kaedahnya itu dicari. Maka pernikahan adalah syariat yang menyimpulkan.

Tanggungjawab jurunikah adalah mengingatkan calon pernikahan mesti bersandarkan niat mengikut sunnah nabi.

Dalam kekeluargaan

(1) Ada yang belajar
(2) Ada yang diajar
(3) Ada yang mengajar
(4) Ada yang tidak diajar
(5) Ada yang kurang ajar

4K dalam perkahwinan meliputi

(1)Keperluan, melihat perlukan dia berkahwin dengan sebab jelas.
(2)Kemampuan, persediaan membina, mengurus hal luar jangka dan kerjasama pasangan.
(3) Keutamaan, melihat perlu kekal kahwin satu atau bagaimana.
(4) Keberanian, tidak seperti si penzina yang 'takut' dan membuang anak yang dilahirkan dalam rasa tidak ada tanggungjawab.

Sikap penzina yang membuang anak adalah tanda mereka melihat ia tidak ada nilai. Sedangkan nilai yang terbentuk dalam perkahwinan menjadikan kita berusaha menjaganya.

Nilai itu mencetus rasa ingin tahu dan menjaga. Sebagaimana bimbangnya isteri apabila suami pulang lewat. Ia menjadi rasa kebahagiaan kepada suami kerana beliau adalah nilai yang diperhati.

Perkahwinan merupakan cara mencipta kebajikan yang bersambung. Ia menyebarkan kebaikan.

Jika suami itu presiden, maka isteri sebagai timbalan presiden mempunyai tanggungjawab menjaga kedudukan suami.

Kisah kebahagiaan ikan kembung melihat bagaimana isteri menjaga presidenya.

Perkahwinan bertujuan menjaga nasab keturunan.

Bahagia dalam keluarga, sederhana tetapi sempurna.

Memberi nilai tambah pada pasangan adalah dengan membawanya ke masjid.

Kita akan merasai kehilangan nilai apabila menoleh di sisi katil dan dia tidak ada lagi di situ. Tetapi jika ditoleh ada, mungkin nilai baru pula ditambah, yakni pasangan baru.

Tip imam, apabila isteri demam, segera membawanya ke klinik. Kerana apabila dia beramal, kita yang dapat pahala.

Kebahagiaan | "Seekor ikan kembung dijamah adik beradik. Keakuan, setiap seekor ikan kembung untuk setiap seorang adik beradik

Friday, January 21, 2011

Lima ayat ciri orang beriman

Ustaz Lutfe Hashim
Masjid al Muttaqin, Wangsa Melawati

Topik Aqidah Islam.

Ciri-ciri orang beriman dinyatakan dalam surah al Baqarah ayat 1 sehingga 5.

1. Alif, Laam, Miim.

2. Kitab Al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya (tentang datangnya dari Allah dan tentang sempurnanya); ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang yang (hendak) bertaqwa;

3. Iaitu orang-orang yang beriman kepada perkara-perkara yang ghaib, dan mendirikan (mengerjakan) sembahyang serta membelanjakan (mendermakan) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada mereka.

4. Dan juga orang-orang yang beriman kepada Kitab "Al-Quran" yang diturunkan kepadamu (Wahai Muhammad), dan Kitab-kitab yang diturunkan dahulu daripadamu, serta mereka yakin akan (adanya) hari akhirat (dengan sepenuhnya).

5. Mereka itulah yang tetap mendapat petunjuk dari Tuhan mereka, dan merekalah orang-orang yang berjaya.

Amat menghairankan sistem Islam yang kena mengena dengan diri kita tertolak sedangkan sistem Barat yang tidak ada ikatan dengan hati diterima. Inilah fenomena 'kakak tua' Muslim, mengikut tanpa mengetahui.

Kerana itu bertadabbur dengan al Quran adalah penting. Disebutkan dalam hadis direkodkan Imam Malik, Nabi Muhammad berkata tidak sesat orang berpegang pada Quran dan Sunnah.

Membangunkan solat dalam hidup adalah teras utama. Wahyu solat adalah wahyu yang diberikan secara terus oleh Allah kepada Nabi Muhammad.

Keagungan Allah dapat dilihat melalui alam. Apabila dilihat ayat surah al Ghasiyah; 17, "(Mengapa mereka yang kafir masih mengingkari akhirat) tidakkah mereka memperhatikan keadaan unta bagaimana ia diciptakan?"

Dari penciptaan unta yang menakjubkan dilihat betapa telitinya ia dicipta. Ia menunjukkan keagungan yang mesti diimani.

Unta dapat hidup 8 hari tanpa makan dan minum. Unta dapat meminum 130 liter air. Matanya mempunyai pelindung lutsinar daripada ribut pasir. Malah lemak pada bahagian bongolnya seberat 40 kilogram memberi tenaga bagi perjalanan jauh.

Monday, January 17, 2011

Wasiat Abdullah ibn Masud (1)

Kuliah Selasa
Ustaz Tarmizi Abd Razak
Wasiat yang dibuat oleh sahabat dalam Hayatus Sahabah


Inilah wasiat Abdullah ibn Masud kepada anaknya Abdul Rahman

Tetapi apa istimewanya Abdullah ibn Masud?

(1) Orang pertama memeluk Islam dalam sepuluh orang pertama yang terlibat dalam perpindahan ke luar Mekah.

(2)Orang pertama membacakan al Quran secara terbuka di hadapan Quraisy. Sehinggakan pedang diletak pada leher dan diberi pilihan berhenti atau mati. Dia tetap membaca al Quran.

(3) Berjaya memenggal kepala Abu Jahal. Meskipun tidak mengakui di khalayak ketika ditanya nabi. Dia bimbang hilang pahala jihad akibat takbur. Nabi tahu dan memanggilnya secara peribadi. Dihadiahkan pedang Abu Jahal kepadanya. Pedang itu diwariskan kepada anaknya. 1216 orang Quraisy terkorban melalui pedang itu.

(4) Nabi mengesahkan apa yang disampaikan dan ditegahkan oleh Ibn Masud, ia datang daripada nabi.

(5) Nabi berkata jika ada jawatan yang memerlukan lantikan dan jika tidak ada sistem syura, pasti Ibn Masud dilantiknya.

(6) Nabi mengingatkan agar tidak mentertawakan Ibn Masud kerana pada betisnya sahaja, pahala sudah melebihi gunung Uhud.

Wasiat Abdullah ibn Masud

Kepala Abdullah ibn Masud di riba anaknya dan disitulah wasiat disampaikan

(1) Berhentilah kamu meminta hajat daripada manusia. Kerana itulah kefakiran yang pasti.

Allah itu wali dan penjaga orang beriman. Syaratnya tunaikan apa yang Allah sampaikan.

Latih diri supaya tidak berasa apa-apa jika tidak ada manusia sudi menunaikan keperluan kita. Ia adalah kiriman Allah kepada kita.

Hakikat manusia bersifat fakir dan kekurangan. Misalnya, apabila diminta menghasilkan kuih yang sama setiap hari, ia tidak dapat mengekalkan rasa yang sama setiap hari.

Sama halnya apabila nabi berdakwah 13 tahun, hanya 10 orang sahaja yang mengikutinya. Dari daya manusia ada kekurangan.

Allah mengabulkan mengikut hati kita. Cuma soal cepat atau lambat.

(2) Tinggalkan perkara yang tidak mampu kamu lakukan.

Allah tidak memberati kita berdasarkan kemampuan kita. Manusia sahaja terdorong membuat lebih daripada sepatutnya. Seperti memegang banyak jawatan sedangkan yang terbaik dapat diberikan pada satu jawatan sahaja.

Kepimpinan adalah amanah. Sukar menghadapi kematian jika masih berebut menambah amanah lagi dan lagi di luar kemampuanya. Usah berebut dan tamak. Berikan kepada orang lain.

Amanah itu adalah amal kita bagi mendekatkan diri kepada Allah. Tumpukan kepada yang satu dan berikan yang terbaik.

Kejayaan dari dalam hati Muslim

Kuliah Ustaz Salman mengenai pemikiran Islam
Rabu 12 Januari 2011
Masjid al Muttaqin Wangsa Melawati

Al Quran kerap mengulang perkataan untung. Antaranya, beruntunglah orang yang beriman.

Konsep keuntungan di dunia dan akhirat tidak sama. Untung di dunia dapat dipegang dan dapat dilihat.

Untung yang disebut dalam al Quran bersifat ghaib. Apa yang tidak kelihatan itu besar di sisi Allah. Antaranya keuntungan iman dan amal soleh. Itulah keberuntungan sebenar.

Itulah ikrar kita dalam bacaan doa iftitah dalam sembahyang. Ketika kita berkomunikasi dua hala dengan Allah.

Ciri-ciri orang berjaya disebut dalam surah al Mukminun adalah orang yang khusyuk solatnya.

Inilah dikatakan Umar al Khattab, "Hisablah diri sebelum kamu dihisab." Iaitu hitung atau 'matematik'kan diri kamu.

Itulah yang dilakukan Umar setiap malam.

Kejayaan Muslim tersyirik di peringkat akademik apabila memasuki pandangan orientalis dalam sudut pandang Islam mereka ketika mengikuti pengajian Islam di luar negara.

Manusia dikurniakan akal dan itulah yang melayakkan kita menjadi khalifah.

Dikatakan satu orang berilmu lebih baik daripada 1000 ahli ibadat. Kerana ilmu itu mengelak daripada kesesatan.

Komponen kejayaan Muslim adalah solat + iman.

Iman bersifat pasang surut tetapi tidak tercabut. Ia bertambah mengikut kesihatan tubuh.

Bagi menjaga iman, syariat, tazkiyatun nafs perlu dijaga.

Penyakit hati menyebabkan solat tertolak. Sah pada zahir tetapi tidak pada sisi Allah. Kerana urusan seketul daging bernama hati.

Tanda-tanda tawaduk adalah doa selepas solat. Orang yang paling banyak berdoa adalah nabi.

Orang yang kuat hubungan dengan Allah adalah orang yang kuat hubungan dengan Al Quran. Ia menjadi makanan jiwa.

Dalam usaha mencapai kejayaan, tidak dapat buat semua usahlah sampai meninggalkan semua.

Apabila kamu berazam, kamu bertawakal, Allah suka.