Sunday, January 9, 2011

Sifat lupa adalah nikmat dalam diam manusia

Sirah Nabi oleh Ustaz Mejar Hj Daud Mohd Salleh di Masjid Wangsa Melawati.

Kepimpinan

  • Kepimpinan nabi dilihat daripada sikap bergaul dengan semua orang. Meskipun tiba di tempat asing seorang diri.
  • Kepimpinan nabi menghidupkan hati para hamba yang 'murah nyawanya' menjadi pejuang yang tenang untuk agamanya.

Sifat pelupa

  • Dalam ujian yang diberikan oleh, diberikan bersama sifat pelupa. Ia adalah nikmat.
  • Bayangkan tanpa sifat pelupa, batu yang disepak 50 tahun lalu pasti diingati. Jika menonton filem seram tanpa sifat pelupa, akan ketakutan sampai bila-bila.
  • Sifat pelupa dijadikan agar manusia dapat meneruskan hidup.

Sifat mendengar

  • Nabi bersedia mendengar pandangan.
  • Apabila dikatakan khusyuk, ia merangkumi telinga, hati dan mata.
  • Nabi bersedia bermusyawwarah. Pernah berlaku wahyu disekat. Ini bertujuan mendidik nabi menggunakan akal dalam berperang menentang Quraiysh.

Mencari ketenteraman hidup

  • Direkodkan oleh Abu Hurairah, "Adakah kamu mahu tenteram hidup? Jagalah tiga perkara."
  1. Jangan bermulut celupar
  2. Jadikan rumah aman tenteram.
  3. Banyak menangisi dosa.

  • Kita diajar membaca dan menulis. Tetapi kita tidak diajar mendengar. Kerana nabi mengajar kita mendengar.
  • Hal ini dipimpin Allah dalam surah Abasa apabila nabi memberi tumpuan kepada wakil pembesar Quraisy. Seorang buta yang mahu mendengar tentang Islam tidak dilayan segera.
  • Dari aspek ini, ia menyekat sikap bertanya berlebih-lebihan. Sebagaimana terjadi pada Nabi yang tidak dapat cukup rehatkerana soalan yang bertalu. Sehinggalah wahyu diturun, jika mahu bertanya soalan, bawakan sesuatu kepada nyawa. Lama kelamaan berkurangan orang.

Sifat empati

Pernah berlaku Rasulullah terserempak seekor ular yang melarikan diri daripada kumpulan Badwi yang mahu memakannya. Ular itu memohon pertolongan.

Lalu disorokkan dalam lengan jubahnya.

Ditanya orang Badwi, "Kamu nampak di mana larinya ular itu?"

Nabi berkata ya menunjukkan tanganya ke satu arah, tetapi arah telunjuknya di bawah jubah yang dipakainya. Di situlah ular itu menyorok dalam kegelisahan.

Kumpulan Badwi menuju ke arah yang disebutkan tetapi sudah tersilap membawa kedudukan tangan dan jari.

Nabi kekal melakukan itu bagi menjaga sifat 'Siddiq' pada masa sama empati pada makhluk lain.


Kuasa sedekah dan taubat

  • Apabila manusia bersedekah, dia menolak bala pada pagi hingga malam dan seterusnya.
  • Pintu taubat dibuka 70 kali sehari.

No comments:

Post a Comment