Monday, January 17, 2011

Kejayaan dari dalam hati Muslim

Kuliah Ustaz Salman mengenai pemikiran Islam
Rabu 12 Januari 2011
Masjid al Muttaqin Wangsa Melawati

Al Quran kerap mengulang perkataan untung. Antaranya, beruntunglah orang yang beriman.

Konsep keuntungan di dunia dan akhirat tidak sama. Untung di dunia dapat dipegang dan dapat dilihat.

Untung yang disebut dalam al Quran bersifat ghaib. Apa yang tidak kelihatan itu besar di sisi Allah. Antaranya keuntungan iman dan amal soleh. Itulah keberuntungan sebenar.

Itulah ikrar kita dalam bacaan doa iftitah dalam sembahyang. Ketika kita berkomunikasi dua hala dengan Allah.

Ciri-ciri orang berjaya disebut dalam surah al Mukminun adalah orang yang khusyuk solatnya.

Inilah dikatakan Umar al Khattab, "Hisablah diri sebelum kamu dihisab." Iaitu hitung atau 'matematik'kan diri kamu.

Itulah yang dilakukan Umar setiap malam.

Kejayaan Muslim tersyirik di peringkat akademik apabila memasuki pandangan orientalis dalam sudut pandang Islam mereka ketika mengikuti pengajian Islam di luar negara.

Manusia dikurniakan akal dan itulah yang melayakkan kita menjadi khalifah.

Dikatakan satu orang berilmu lebih baik daripada 1000 ahli ibadat. Kerana ilmu itu mengelak daripada kesesatan.

Komponen kejayaan Muslim adalah solat + iman.

Iman bersifat pasang surut tetapi tidak tercabut. Ia bertambah mengikut kesihatan tubuh.

Bagi menjaga iman, syariat, tazkiyatun nafs perlu dijaga.

Penyakit hati menyebabkan solat tertolak. Sah pada zahir tetapi tidak pada sisi Allah. Kerana urusan seketul daging bernama hati.

Tanda-tanda tawaduk adalah doa selepas solat. Orang yang paling banyak berdoa adalah nabi.

Orang yang kuat hubungan dengan Allah adalah orang yang kuat hubungan dengan Al Quran. Ia menjadi makanan jiwa.

Dalam usaha mencapai kejayaan, tidak dapat buat semua usahlah sampai meninggalkan semua.

Apabila kamu berazam, kamu bertawakal, Allah suka.

No comments:

Post a Comment