Sunday, January 30, 2011

Benih akidah, pohon buah yang manis

Apabila bercerita mengenai akidah, ia dipanggil dalam pelbagai kata. Ada memanggilnya ilmu kalam, usuluddin dan sifat 20. Semuanya adalah sama. Ia berbahas mengenai ketuhanan.

Akidah datang daripada perkataan ak'dun, iaitu ikatan.

Ikatan terbahagi kepada dua.

(1) Ikatan jisim. Ia nampak dan dapat dirungkai. Sebagaimana anak kunci yang diikat bersama. Ia tidak kukuh.
(2) Ikatan maknawi. Ia dalam hati, tidak dapat dirungkai melainkan orang tersebut melakukan.

Percaya dan yakin itu samalah seperti kisah pemanah tepat yang memanah tepat pada epal di atas kepala orang lain.

Dari segi keyakinan menurut fekah, ia dikategorikan seperti berikut.

(1) Yakin itu 100%
(2) Was-was itu 50-50
(3) Waham 30% yakin, 70 peratus tidak yakin
(4) Zon 70% yakin, 30% yakin.

Dalam kes ibadah berada dalam keadaan (2) sehingga (4) adalah normal. Seperti kita mengambil wuduk dan tidak pasti sama ada lengkap atau tidak.

Tetapi dalam kes akidah, ia 100% keyakinan. Ia membenarkan dengan hati, mengakui dengan lisan dan lakukan dengan amal. Samalah seperti biji benih yang baik perlu ditanam jika mahu buahnya. Benda yang elok akan mengeluarkan hasil yang elok.

Kita bekerja mengukuhkan akidah secara berperingkat sebagaimana bumi dijadikan enam peringkat.

Kata dia, "Panggil ia sebagai alam ciptaan Allah, bukan alam semula jadi. Agar terikat kata kita dengan namanya. Juga terikat sebab kejadian kepadanya." Kemudian terikat nama kita padanya. Insya Allah. Itulah mengukuhkan akidah.

No comments:

Post a Comment