Wednesday, February 2, 2011

Hidup berjemaah seni Rasulullah

Ustaz Mejar Hj Daud Mohd Salleh
Masjid al Muttaqin Wangsa Melawati

Manusia hidup berjemaah dan kerana itu hak-hak masyarakat perlu dijaga.

Hidup berpaut pada agama kerana di dalam agama ada unsur nasihat. Agama tidak hidup sendiri, ia hidup beramai-ramai.

Apakah akhlak nabi ketika hidup bersama masyarakat?

Hak orang Islam terhadap orang Islam lain adalah enam perkara.

(1) Jika bertemu sesama kamu, berebut-rebut memberi salam.

Beri lafaz salam yang sempurna kalimah Allah. Ini bagi mengingati Allah dan menyempurnakan ibadah.

(2) Apabila dijemput ke majlis wajib hadiri

Sering kali disebut perkataan Insya Allah apabila mendapat jemputan. Perkataan insya Allah meyakinkan seseorang ia perjanjian yang diberkati Allah, bukan perkataan bagi melepaskan diri. Kita meletakkan Allah dalam perjanjian itu.

Maka wajib sedaya upaya memenuhi.

Kehadiran kita di dalam majlis sedikit sebanyak membuat tuan rumah terhibur.

(3) Apabila diminta memberi nasihat, berikan nasihat yang baik

Hidup orang muda yang komposisi terdiri daripada 30 peratus pengalaman ditampung dengan 70 peratus pengalaman orang tua.Ini memberi kesan kepada nasihat yang disampaikan.

(4) Jika ada yang sakit, ziarah

Adab menziarah terdiri daripada beberapa perkara berikut.

Jika pesakit di dalam rumah, beri salam dan jangan menjenguk apa di dalam rumah. Kerana situasi rumah orang sakit berbeza.

  • Berilah ketukan pintu yang perlahan.
  • Berdiri jika tidak disuruh duduk. Hormati pesakit dan lihat wajahnya.
  • Jangan menziarah lama-lama, hukumnya makruh kerana ada orang lain lagi mahu menziarah.
  • Banyakkan berdoa yang baik-baik.
  • Banyakkan berada di posisi kepala atau di hujung kaki.
  • Berikan nasihat sabar. Sabar adalah penghapus dosa.
  • Dosa bukan sekadar terhapus dengan doa, ia melibatkan sakit, sedih, masalah dan kesenangan.
  • Jangan banyak bertanya kerana ia akan menjadi soalan berulang kepada pesakit.

Berkata Imam Hanafi agar kita tidak memberi harapan palsu dengan berkata, "Boleh lagi ini..." sedangkan sudah dalam keadaan yang teruk. Ini kerana kita mahu mengelakkan daripada pesakit berangan lebih dan hubungan dengan Allah bertambah jauh.

(5) Menghadiri pengebumian sehingga ke liang kubur

Allah tidak menyukai mereka yang bercakap ketika waktu berikut

  • Ketika orang membaca Quran
  • Ketika majlis ilmu di mana itulah raudah Allah
  • Ketika peperangan
  • Ketika orang meninggal dunia

Doakan pada diri sebelum menjelang ajal, "Ya Allah mudahkan perjalananku dan tidak menyusahkan orang lain."

(6) Mendoakan orang yang bersin

Meskipun orang itu tidak berkata Alhamdulillah, sambut bersin itu dengan ucapan doa Yarhamkullah.

Ia adalah latihan kepekaan kita pada orang lain

No comments:

Post a Comment